Senin, 08 Agustus 2016

Puisi Ada Senyum di balik tingkahmu Nak

Ada Senyum di balik tingkahmu Nak

Saat mentari tlah letih bersinar,
Yang diamdiam meniduri Dunia sebelah Barat itu.
Ingin rasanya aku tertawa terbahak melihat tingkahmu Nak.
Harihari yang selalu menghibur hatiku yang lara,
Petang itu, saat kita tertawa bersama,
Tak lama dirimu mengubah raut wajah menjadi sendu,
Membuat aku berpikir keras, ada apa denganmu Nak?.
Tak lama aku bertanya pada awan yang melintas itu.
Kenapa dirinya mengubah senyum menjadi kerut kusut seperti itu?,
Bukannya menjawab, awan itu malah tersenyum melihat dia kabur membawa tas,
Pulang tanpa permisi. Hahaha
Setiba di jalan raya, alangkah anaehnya aku,
Dia tak pulang malah duduk di trotoar sambial berbincang kanankiri.
Bisik ku dengar, dia cemburu tak dapat bagian perhatian.
Oh, Nak sungguh lucu tingkahmu itu.
Hahaha

Lengkong Kulon, 18 Maret 2016
Raden H.S

Pantun Nasihat

Pantun Nasehat 2013 | Kumpulan Pantun Nasehat | Contoh Pantun Nasehat


Tuan Haji memakai jubah 
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
 
Rezeki segenggam jadi sekarung

Patah gading serpih tanduk
Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan

Anak rusa masuk ke taman
 
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru

Berakit ke hulu dengan bergalah
 
Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah
 
Kelak biadap dituduhnya pula

Rusa betina berbelang kaki
 
Mati terkena jerat sembat
 
Orang yang muda kita sanjungi
 
Orang yang tua kita hormat

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan
 
Suruh mengaji awak tak mahu

Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa



Kayu cendana diatas batu
Sudah diikat dibawa pulang
Adat dunia memang begitu
Benda yang buruk memang terbuang

Kemuning ditengah balai
Bertumbuh terus semakin tinggi
Berunding dengan orang tak pandai
Bagaikan alu pencungkil duri

Parang ditetak kebatang sena
Belah buluh taruhlah temu
Barang dikerja takkan sempurna
Bila tak penuh menaruh ilmu

Padang temu padang baiduri
Tempat raja membangun kota
Bijak bertemu dengan jauhari
Bagaikan cincin dengan permata
























Pantun Nasehat Cinta| Pantun Nasehat Belajar | Pantun Nasehat 2011


Ngun Syah Betara Sakti
Panahnya bernama Nila Gandi
Bilanya emas banyak dipeti
Sembarang kerja boleh menjadi

Angin teluk menyisir pantai
 
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
 
Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik
 
Hendak menjerat kancil dan rusa
 
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
 
Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da
 
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Sungguh indah si pulau Bali
Disebut orang pulau dewata
Kalau pandangan tak lagi jeli
Sudah saatnya berkacamata

Kalau pergi ke kota Palu
Singgah sebentar di Donggala
Kalaulah diri masih punya malu
Janganlah pernah berkata dusta



Di Lampung ada sekolah gajah
Gajah bermain di tepi hutan
Kalau pandai bersikap ramah
Tentu banyak mempunyai teman

Buah pelaga makan dikikir
 
Dibawa orang dari hulu
 
Sebarang kerja hendak difikir
 
Supaya jangan mendapat malu
 

Kemumu di tengah pekan
 
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
 
Bagai pohon tidak berbuah

Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
 
Bagai rumah tidak berdinding
























Pantun Nasehat Belajar | Pantun Nasehat Pendidikan | Pantun Nasehat Terbaik


Tulis surat di dalam gelap 
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
 
Jikalau silap awak yang bencana

Hendak belayar ke Teluk Betong
 
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
 
Bulat manusia kerana muafakat
 

Pakai baju warna biru
 
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
 
Layar dikembang kemudi dipaut
 
Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu
 
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
 
Tentu kita akan berjaya
 

Jangan pergi mandi di lombong
 
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci




Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti
 
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
 
Kerja yang susah menjadi senang
 

Asam kandis mari dihiris
 
Manis sekali rasa isinya
 
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
 

Kayu bakar dibuat arang
 
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri
 

Selasih tumbuh di tepi telaga
 
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
 
Kasih saudara masa berada

Masuk hutan pakai sepatu
 
Takut kena gigitan pacat
 
Kalau kita selalu bersatu
 
Apa kerja mudah dibuat
 

Bandar baru Seberang Perai
 
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
 
Budi yang baik dikenang juga

Encik Dollah pergi ka Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
 
Pintu berkancing rezeki datang


Orang haji dari Jeddah 
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
 
Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda dibelah dua
 
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
 
Ajaran baik jangan diubah

Terang bulan di malam sepi
 
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
 
Kepada ibu dan juga bapa
 

Kapal kecil jangan dibelok
 
Kalau dibelok patah tiangnya
Budak kecil jangan di peluk
 
Kalau dipeluk patah tulangnya
 

Asal kapas menjadi benang
 
Dari benang dibuat kain
 
Barang yang lepas jangan dikenang
 
Sudah menjadi hak orang lain

Tengahari pergi mengail
 
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
 
Akan merosak diri sendiri


Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
 
Rosak hati kerana kasih
 

Tingkap papan kayu bersegi
 
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
 
Tinggi darjat kerana bahasa



Anak Siti anak yang manja
 
Suka berjalan di atas titi
 
Orang yang malas hendak bekerja
 
Pasti menyesal satu hari nanti

Bintang tujuh sinar berseri
 
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
 
Mana yang dapat jangan dilupa


































Pantun Nasehat 2011 | Kumpulan Pantun Nasehat | Contoh Pantun Nasehat


Parang tajam tidak berhulu 
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
 
Jangan ingkar nasihat guru

Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
 
Jadi kebanggaan zaman berzaman



Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
 
Asalkan hati bersih dan jujur


Pulau Pandan jauh ke tengah 
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga

Ramai orang membeli jamu
 
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup
 

Apa guna berkain batik
 
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
 
Kalau tidak dengan budinya
 

Berakit-rakit ke hulu
 
Berenang-renang ke tepian
 
Bersakit-sakit dahulu
 
Bersenang-senang kemudian

Buah cempedak diluar pagar
 
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
 
Kalau salah tolong tunjukkan
 

Pisang emas dibawa belayar
 
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
 
Hutang budi dibawa mati

Dalam semak ada duri
 
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
 
Macam anjing dengan bayang

Baik-baik mengirai padi
 
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
 
Takut nanti diejek orang
























Pantun Nasehat Terbaru | Pantun Nasehat Kehidupan | Pantun Nasehat Lucu


Ke hulu membuat pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
 
Supaya jangan sesal kemudian

Mari kita tanam halia
 
Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia
 
Nanti tua sesal tak sudah

Padi muda jangan dilurut
 
Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut
 
Kalau diturut salah datang

Cuaca gelap semakin redup
 
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
 
Barulah kekal dihormati orang

Orang Daik memacu kuda
 
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
 
Buat jahat jangan sekali

Dayung perahu tuju haluan
 
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah

Kalau kita menebang jati
 
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
 
Biar lebih kurang jangan




Pinang muda dibelah dua 
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
 
Ajaran baik jangan diubah
 

Pantai Mersing kuala Johor
 
Pantainya bersih sangat mashyur
Pohonkan doa kita bersyukur
 
Negara kita aman dan makmur

Orang tua patut disegani
 
Boleh mendapat ajarnasihat
Ular yang bisa tidak begini
 
Bisa lagi lidah yang jahat

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
 
Ilmu dicari tak akan rugi
 
Buat bekalan dunia akhirat


Logo MI Raudlatul Atfal